TIPS KEJAYAAN

1.        Mengetahui

Mengetahui adalah segalanya. Jika anda tahu bahawa anda akan berjaya, kejayaan anda akan terjamin jika diberikan masa, kemahiran dan ketekunan. Sekiranya anda meragukan apakah anda akan berjaya, maka besar kemungkinan semuanya seumpama akan melawan anda. Mengetahui adalah mempercayai sesuatu yang belum jelas di pandangan. Melihat pertama kali dalam fikiran anda sebelum benar-benar mewujudkan sesuatu itu secara fizikal. Mengetahui adalah sebuah kepastian yang mutlak. Anda tidak bertanya-tanya, berharap atau berfikir, anda akan berjaya … anda tahu anda akan berjaya.

 

2.        Konsisten

Di mana kebanyakan orang gagal? Dalam menjadi konsisten. Bagi diri saya, saya tahu di awal penglibatan saya, ini adalah di mana saya menghadapi kesukaran. Kadang-kadang saya memberikan 100% dan kadang-kadang akan menjadi 10%. Dengan keadaan tidak konsisten begini, perniagaan saya juga seumpama sekejap terasa panas dan sekejap sejuk. Sehinggalah sampai saya menjadi konsisten untuk konsisten dalam menjalankan aktiviti saya setiap hari akhirnya perniagaan saya mencerminkannya.

 

3.        Kegigihan

Saya telah bertahan berkali-kali ketika kadangkala saya benar-benar merasa seperti amat malas dan mahu merangkak semula ke tempat tidur dan tidak mahu bangun … namun demikian saya tetap pergi kerana saya tahu bahawa setiap orang yang berjaya pernah menghadapi kesulitan-kesulitan dalam menempuhi kejayaan. Jika ianya tidak sulit dan amat mudah, maka semua orang akan bekerja dari rumah sambil membuat pendapatan besar. Tentu saja ada masalah! Umpamanya, saat saya meletakkan iklan besar tetapi meletakkan nombor telefon yang salah dalam iklan. Atau waktu saya bercakap dengan prospek tetapi tidak dapat mengingati siapa dia yang saya sedang bercakap. Ketekunan adalah benar-benar kunci kejayaan.

4.        Ikut Hati Sendiri

Dengan menjalankan perniagaan, kerap akan ada hal yang menarik anda dari fokus dan mengalihkan perhatian anda. Anda pernah mendengar orang mengatakan “mempercayai kata hati anda,” atau “mengikuti naluri anda.” Pandangan saya, ikuti hati anda sendiri. Ini adalah cara saya memutuskan ke mana harus pergi. Saya akan bertanya pada diri sendiri, “Apakah ini perkara ini akan membawa saya ke arah tujuan saya atau jauh dari tujuan saya?”



5.        Bersyukur

Memiliki sikap bersyukur akan mengubah kehidupan anda. Kenapa begitu? Kerana syukur adalah tenaga getaran yang tinggi, yang menarik hal-hal besar kepada anda. Bersyukurlah untuk semua hal dalam hidup anda. Membuat jurnal rasa syukur dari 5 hal setiap hari yang anda syukuri. Apabila anda melihat dunia melalui apresiasi, anda akan menampakkannya kepada orang-orang di sekitar anda yang bergema pada tahap yang sama.

6.        Jadi terbuka untuk Hal-hal Baru

Berapa kali kita boleh terlalu diatur dengan cara lama dan tidak benar-benar ingin belajar hal-hal baru atau melaksanakan idea-idea baru? Amat kerap. Adakah anda tahu bahawa apabila saya mula perniagaan saya pada tahun 2002 saya belum pernah menghantar e-mel? Bahkan, saya tidak memiliki komputer!!. Kedengarannya amat lucu terutamanya bila mengatakan begitu dalam keadaan sekarang! Kita harus menjadi lebih terbuka untuk idea-idea, orang, dan situasi yang baru kepada anda.

 

7.        Anda Raikan SETIAP Kejayaan

Raikan kejayaan anda meskipun kemenangan terkecil. Sering orang melihat apa yang salah atau tidak kena tetapi tidak memfokuskan kepada kejayaan dan apa yang “kena” atau menjadi . Bahkan ketika mereka sudah mencapai suatu tahap yang mereka tuju, mereka enggan mengakui mencapainya, malahan mereka sudah mula melihat ke arah gol atau tujuan baru untuk apa yang selanjutnya untuk dicapai. Raikan setiap langkah yang anda berjaya maju ke arah matlamat anda. Sekiranya anda ada senarai “matlamat” tanda cek atau wajah smiley di samping matlamat harian anda. Saya suka menyemak matlamat /tujuan saya, saya merasa seronok melakukannya.

 

8.        Memahami “Law of Attraction” = Hukum Tarikan

The Law of Attraction mengatakan bahawa apa pun yang anda fokuskan tenaga anda dan perhatian anda, anda akan menarik perkara yang sama kepada anda, sama ada anda ingin atau tidak diinginikannya.

9.        Jadi seorang ‘Pemimpin’

Ramai orang bersemangat untuk bertanyakan kepada seorang ‘pemimpin’ yang dapat menunjukkan kepada mereka jalan. Tidak cukup yakin dengan arah tujuan anda? Bagaimana anda boleh mengharapkan orang lain untuk mengikuti jika anda tidak tahu ke mana arah yang sedang anda tuju? Dapatkan dengan jelas ke mana anda akan pergi dengan tujuan anda dan orang lain akan mengikuti anda.

 

10.    Memberikan khidmat kepada pihak lain

Memberikan perkhidmatan kepada orang lain selalu akan membantu anda. Sebagaimana pepatah “what comes around goes around ,” orang yang memiliki hati yang tulus selalunya akan menarik hal-hal besar kerana niat mereka yang murni.

Wujudkan mentaliti “pay it forward”. Ini adalah kunci! Integriti adalah segalanya. Mencari peluang yang boleh anda membantu orang lain. Di sebalik membayar kembali untuk barang atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda, membayar ke depan kepada satu pihak lain dengan cara membantu mereka pula. Ia adalah satu pengalaman yang indah!