PANDUAN PERNIAGAAN

LANGKAH 1 : MERANCANG PERNIAGAAN



Dalam bidang perniagaan, merancang adalah salah satu perkara yang sangat penting yang perlu dilakukan oleh seorang usahawan. Kejayaan dan kegagalan sesuatu perniagaan bergantung kepada kemampuan pemilik tersebut untuk membuat perancangan.
Perancangan yang teliti adalah penting dalam mengendalikan perniagaan yang berjaya di mana pemilik perniagaan dapat mengenal pasti dan menghindar daripada masalah-masalah yang boleh berlaku apabila perniagaan bermula.
Sebelum memulakan perniagaa
Kerajaan Malaysia telah menggalakan penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat dalam pembangunan ekonomi.
Kerajaan telah menyediakan struktur sokongan yang berupaya membantu para usahawan dalam penubuhan syarikat dan juga menyediakan bantuan pembiayaan, pengurusan dan pembangunan perniagaan.
Jika anda telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan, langkah pertama yang perlu diambil adalah menyediakan rangka perniagaan.
Undang-undang dan Dasar
Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran dan ekonomi terbuka, dengan dasar pelaburan (Bahasa Inggeris sahaja) yang menarik dan pelbagai insentif (Bahasa Inggeris sahaja) bagi para pelabur.



LANGKAH 2 : MEMULAKAN PERNIAGAAN


Sebelum memulakan perniagaan, anda hendaklah mendaftarkan perniagaan yang terpilih dan mendapatkan lesen dan permit yang diperlukan. Di samping itu, anda juga perlu mengenalpasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai.
Mendaftar Perniagaan
Sesebuah perniagaan boleh ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang menyediakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan menggunakannya.

Ini termasuklah setiap bentuk perniagaan, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan untuk tujuan mendapatkan keuntungan. 
Anda dikehendaki mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 (Bahasa Inggeris sahaja) dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Bahasa Inggeris sahaja).  

 Terdapat tiga bentuk perniagaan iaitu: Perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan syarikat. Bentuk-bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah:

  Perniagaan milikan tunggal –  Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
  Perniagaan perkongsian –  Perniagaan dimiliki oleh dua atau tidak lebih daripada 20 rakan kongsi

Francais

Sistem Francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya.
Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Lesen dan Permit

Anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan anda.
Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.
Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.