LESEN PERNIAGAAN



PERATURAN DAN CARA-CARA MEMOHON LESEN PERNIAGAAN DAN LESEN IKLAN

1. Semua jenis perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan Majlis Daerah Selama (MDS) mestilah terlebih dahulu mempunyai lesen yang telah diluluskan oleh Majlis ini.

2. Di antara jenis-jenis lesen yang dikeluarkan ialah seperti Lesen Penjaja, Lesen Gerai, Lesen Kedai Runcit, Lesen Kedai Kopi / Makanan, Lesen Perniagaan Khas dan berbagai jenis lesen lagi.

3. Kesemua urusan permohonan dan pengeluaran lesen perniagaan ini diuruskan oleh Unit Pelesenan, Majlis Daerah Selama.

4. Sila pastikan maklumat-maklumat dipenuhi dengan tepat dan segala lampiran / dokumen yang diperlukan disertakan bersama permohonan anda.

5. Sebarang maklumat yang diragui atau jika permohonan didapati tidak lengkap maka permohonan anda akan terus ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

6. Sila hubungi pegawai / kakitangan di Unit Pelesenan pada waktu pejabat, jika ingin keterangan lanjut.

PROSES PERMOHONAN

1. Sebelum sesuatu permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Kecil Pelesenan Majlis Daerah Selama, ia melalui beberapa peringkat pemprosesan.

2. Semua permohonan yang lengkap akan melalui proses berikut :

i. Permohonan diterima (lengkap) - fail dibuka.
ii. Laporan asas oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pembantu Penguatkuasa Rendah.
iii. Di rujuk ke Jabatan Teknikal - bergantung pada jenis lesen dipohon.
iv. Permohonan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelesenan.
v. Lulus / Tolak.
vi. Pemohon diberitahu melalui surat.

3. Perniagaan boleh dimulakan :

- Jika kelulusan bertulis telah diperolehi dan syarat-syarat yang dikenakan disempurnakan.




LESEN MEMPAMIRKAN IKLAN

1. Jangan memasang apa-apa iklan atau papan tanda perniagaan jika belum menerima surat kelulusan bertulis daripada Majlis ini.

2. Borang khas untuk permohonan lesen iklan / papan tanda boleh diperolehi dari Uit Pelesenan MDS.
3. Sebelum sebarang permohonan lesen iklan dibuat, sila pastikan saiz iklan yang hendak dipasang, tempat pemasangan dan jenis sama ada yang berlampu atau tidak dinyatakan dalam permohonan yang dikemukakan ke Majlis.


KESALAHAN DAN PENALTI

1. Seorang peniaga ditafsirkan tidak mempunyai lesen selagi beliau belum mendapat kelulusan bertulis dari Majlis atau bayaran lesen belum dijelaskan.
2. Bagi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah dari Majlis ini, kompaun sebanyak RM250.00 akan dikenakan.
3. Kompaun juga akan dikenakan jika syarat-syarat kelulusan tidak dipatuhi atau disempurnakan dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan.
4. Bagi kesalahan yang lebih berat dilakukan atau jika kesalahan yang sama berulang, melanggar syarat-syarat kelulusan lesen, tindakan yang lebih tegas akan diambil dan kemungkinan lesen akan ditarik balik atau dibatalkan atau tidak dibenarkan lesen diperbaharui pada tahun berikutnya.


PERMOHONAN

Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang-borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Selama, Perak atau di Laman Web Majlis Daerah Selama iaitu http://www.mdselama.gov.my/
1. Borang Permohonan Lesen Perniagaan.
2. Borang Permohonan Lesen Penjaja.
3. Borang Permohonan Lesen Iklan.
4. Borang Permohonan Pembatalan Lesen Perniagaan.


Syarat-Syarat Yang Diperlukan Untuk Memohon Lesen Perniagaan
Permohonan Lesen Perniagaan Bagi Lesen Biasa

1. Surat kebenaran menyewakan tempat daripada pemilik bangunan
2. Photostat kad pengenalan mestilah disahkan benar
3. Cukai pintu yang terkini


Permohonan Lesen Perniagaan Bagi Kedai Runcit

1. Minit mesyuarat JKK
2. Surat pengesahan dari Ketua Kampung
3. Pelan kawasan / geran tanah
4. Photostat kad pengenalan mestilah disahkan benar
5. Cukai pintu yang terkini

Permohonan Lesen Perniagaan Bagi Senderian Berhad

1. Borang 46
2. Borang 9
3. Borang 24
4. Memorandum & Article
5. Tenancy Agreement / Sale and Purchase
6. Pas kerja / Work Pass
Semua dokumen tersebut hendaklah diphotostat dan disahkan benar oleh setiausaha syarikat ataupun
disahkan benar di mahkamah.
7. Cukai pintu mestilah yang terkini

Pembiayaan dan Geran

Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS.
Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.
Lokasi dan Tapak Perniagaan

LANGKAH 3 : MENGURUSKAN PERNIAGAAN

LANGKAH 4 : MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

Pembangunan Sumber Manusia
Pembangunan dalam sumber manusia adalah aspek penting untuk mengukur tahap kemajuan dan juga memastikan perniagaan anda terus berkembang.


Jika anda seorang majikan, anda perlu memberi penekanan terhadap peningkatan kemahiran pekerja anda dengan memberi peluang kepada mereka mengikuti program-program latihan dan kursus-kursus pembangunan yang ditawarkan agensi-agensi Kerajaan.

Penyenaraian Awam

Penyenaraian awam di Bursa Malaysia dan MESDAQ boleh dapat membantu syarikat anda memperolehi dana menerusi pasaran saham dan pasaran modal.


Kedua-dua bursa tersebut beroperasi di bawah struktur kerja Akta Industri Sekuriti 1983 dan berkongsi badan pengawasan yang sama dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) (Bahasa Inggeris sahaja).

Pemasaran dan Khidmat Nasihat

Sektor perniagaan sentiasa memerlukan perkhidmatan nasihat atau perundingan supaya perniagaan tersebut boleh berkembang maju. Perkhidmatan seperti ini memastikan sesuatu perniagaan dijalankan sejajar dengan matlamat dan harapan yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini juga dapat membantu para usahawan mengenalpasti potensi-potensi pembangunan yang ada.

Terdapat beberapa agensi Kerajaan yang menyediakan khidmat pemasaran dan nasihat bagi membantu perniagaan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Perlindungan Harta Intelek

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MIPC) di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek di Malaysia.

Harta intelek merujuk kepada penciptaan intelektual, terutamanya rekaan-rekaan teknologi, dan karya-karya seni dan kesusasteraan. Hasil rekaan dan karya di bawah perlindungan hak cipta hany boleh digunakan dengan kebenaran pencipta, pengarang atau pemilik hak cipta. Perlindungan harta intelek dapat mendorong perkembangan innovasi dan kreativiti.